SESALAN DARI DIA | ZIA INARA

Perkahwinan yang dibina atas kehendak mandatori ibu bapanya membuatkan Harris Shah terpaksa akur. Ainur Sofea yang menjadi mangsa keadaan. Segala kebencian disalurkan kepada si isteri. 

 

Baginya, semua yang terjadi adalah ulah licik yang dirancang oleh gadis itu. Namun, kesabaran seorang isteri tetap sahaja mengusik hati tetapi dia lebih mementingkan rasa ego.  

 

“Apa yang Ain boleh buat supaya abang tak bencikan Ain lagi?” - Ainur Sofea  

 

“Berhambus! Jangan muncul dalam hidup aku lagi!” - Harris Shah  

 

Satu kemalangan yang menimpa mereka berdua, membuatkan Harris sedar akan sesuatu. Dia tidak mampu kehilangan Ainur Sofea! Namun, rumah tangga mereka sekali lagi diuji apabila Harris terlampau mengikut rasa hatinya yang cemburu buta.  

 

“Mulai hari ni, aku gantung kau tak bertali. Jangan harap aku akan lepaskan kau!” - Harris Shah  

 

Satu persatu rahsia terbongkar membuatkan Harris terduduk. Penyesalan membuatkan dia menjadi seorang penunggu setia demi meraih kembali cinta dan kasih seorang isteri yang telah beku hatinya.  Mampukah Ainur Sofea menerima kembali lelaki yang telah melukai perasaannya berkali-kali? 

 

DIA, BIDADARI MILIK LUQMAN | MIA AZWARI

 

Ain dan Luqman. Tak pernah sebulu sejak dari kecil. Pantang berjumpa, ada saja perang mulut yang berlaku.  

 “Kau dengar sini perempuan. Lelaki yang dapat kau sebagai isteri, memang malang nasib dia. Silap-silap, kau jadi janda.” - Luqman  

“Entah-entah, kau jadi bujang terlajak tapi kau jangan risau. Kalau aku masih tak kahwin lagi atau dah bergelar janda, biar aku pinangkan kau.” - Ain  

Tiba-tiba hati masing-masing sudah pandai menderhaka. Mulut kata benci tapi di hati, perasaan lain yang muncul. Di saat Ain dilamar seseorang, dia cuba dapatkan kepastian.  

“Pernah tak kau suka aku?”- Ain  

“Memang tak lah aku nak suka kau. Nak anggap kau kawan pun tak ingin.” - Luqman  

Ain akur dirinya bertepuk sebelah tangan. Selepas bergelar isteri, Ain menghilang hampir 10 tahun. Sehinggalah… 

 “Ada orang meminang Man. Mak dah setuju.” - Mak Yam  

“Mak! Kenapa mak pandai-pandai sangat ni buat keputusan? Mak sedar tak siapa yang pinang Man tu? Ain mak… Ain!” - Luqman  

Hidup Luqman jadi huru hara dipinang Ain yang kini sudah bergelar janda. Takkan disebabkan sumpahan Ain dulu, dia jadi mangsanya? Kerana satu perkara, Luqman nekad menerima wanita itu sebagai isterinya.  

“Ain harap, kehadiran Ain dalam hidup Man bukan satu beban.” - Ain  

“Aku akan cuba bahagiakan kau dengan tulang empat kerat aku ni. Tapi kau kena hadaplah lelaki muka berkilat ni.” - Luqman  

Apakah yang berlaku dalam hidup Ain sepanjang 10 tahun lepas? Dan adakah rumah tangga mereka sama seperti hubungan mereka yang dulu, yang sering dihiasi dengan pergaduhan serta salah sangka?       

 

 

FATIH'S SCANDAL | ROMEOOW

 

"I’m your lawyer. Tunku Fatih DhiaulHaq. You can call me Fatih." — TUNKU FATIH  

 

 Takdir yang pertemukan mereka berdua. Membawa satu perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati Alanna sehinggakan dia merancang mahu merampas Tunku Fatih dari Rihanna Khadeejah, kakak kandungnya sendiri.   

 

Dan kerana satu perkara, Fatih bersetuju untuk mengikat hubungan mereka.  Tiada siapa yang tahu Alanna Delyanara itu isteri kepada Tunku Fatih DhiaulHaq. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa.  Namun, ada rahsia yang Alanna simpan daripada pengetahuan Fatih. Dia tidak akan sesekali membenarkan lelaki itu tahu niat sebenar dirinya.   

 

“You’re the greatest risk I’ve ever taken, Alanna.” — TUNKU FATIH   

 

Tunku Fatih tidak peduli sekali pun Alanna mempunyai niat jahat kepada dirinya. Kerana….   Alanna Delyanara tetap akan menjadi milik Tunku Fatih untuk selama-lamanya.